Saturday 4 January 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Sebenarnya Cik Euca ni first time buat blog, just nak kongsi suatu pengalaman diri yang sebenarnya terkapai-kapai dalam mencari kerjaya impian di kala usia menginjak lewat 20-an (alamak malunya dah tua!!!). Cik Euca ni masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat retail gergasi kat utara Malaysia berjawatan executive (tak berapa executive pun sebab rasa kerja cam lembu cucuk hidung takpun cam kuli kelas pertama =__= ). Dalam 3 tahun setengah kerja ni masih dok mencari dan menghantar application ke SPA8i untuk melayakkan diri bergelar seorang penjawat awam yang menjadi idaman graduan masa kini (tak kisah samada nak kerja dalam kementerian apa pun/badan berkanun).

Kerjaya sebagai Penjawat Awam

Cik Euca ni memang dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya memandang tinggi orang yang bekerja dengan kerajaan ni, almaklumlah ibu dan ayah adalah penjawat awam (walhal masa kecil dihina orang sebab mak ayah ni kerja gajinya kecil - tulah kelemahan terbesar penjawat awam!). Sekarang ni kalau nak diikutkan lapisan generasi Cik Euca dalam keluarga besar, masih belum ada cucu nenek kesayangan yang bergelar penjawat awam. Semua cucu yang dah kerja bekerja dengan company swasta.

Kerja dengan swasta ni problem, pasal nak cuti susah. Retail line lagi teruk sebab public holiday takleh cuti, kalau nak annual leave pun takleh panjang, nanti kerja di office terbengkalai dengan staf takde, bos besar nak visit la...bla...bla...bla...Tapi jangan salah faham yek, Cik Euca nak kerja kerajaan bukan sebab nak cuti panjang tapi ingin memenuhi impian mak ayah nak tengok anak dia berjawatan tetap dalam sektor awam (bukan ke lebih baik berkhidmat untuk negara & masyarakat? ^^) , lagi elaun ada, imbuhan tetap ada, kenaikan gaji dan pangkat ada, peluang sambung belajar ada etc...Jadi taknak ke kerja kerajaan ni??

Sebenarnya mula2 tengah belajar kat universiti dulu takdelah nak sibuk nak apply SPA8i ni tapi pernah tengok 2-3 kawan dapat interview semasa akhir semester tahun akhir pengajian. Sebabnya masa tu fikir taknak kerja lagi, nak belajar sampai PhD (kononnya~) . Lepas dah balik rumah kena la pergi kerja, takkan nak harap belas ihsan mak ayah bagi makan (dahlah duduk free jer kat rumah...hehe). Tu la yang mula episod kerja di syarikat swasta pada tahun 2010. Kerja kat situ memang ok cuma tak ok mulut orang suka gosip (memang orang kerja takde benda lain nak buat kot?), dapat naik pangkat dengan cepat tapi gaji pun mati cepat, apa-apa kesalahan boleh kena warning letter terus!!! Oklah berbalik ke cerita apply SPA8i, masa kerja dengan company la sibuk apply. Position selalunya pegawai sains, pegawai penyelidik atau yang paling famous PTD (pegawai tadbir dan diplomatik). Setakat hari ni Cik Euca dah pergi interview kerajaan sebanyak 4 kali termasuklah PTD.


Apa itu PTD? ~Suatu Pengalaman Temuduga yang Menakutkan~

Ini memang soalan cepumas, kalau taktau makna dia janganlah try nak minta position ni.  Sebenarnya minat kat PTD ni baru bercambah semasa dalam proses minta kerja kat SPA. PTD ni suatu kerjaya eksklusif kerana berupaya mengisi pelbagai kekosongan dalam kementerian/jabatan kerajaan. Oleh sebab itu pemilihan calon PTD dilakukan dengan ketat malah format pemilihan telah diperbaharui. PTD boleh menjadi Penolong Pengarah sesuatu jabatan/kementerian, Pegawai Daerah malah boleh menjadi Duta atau Ketua Setiausaha Negara! So, memang hebatlah orang yang memegang jawatan PTD ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai PTD ni bolehlah google ajer di internet.

Pengalaman Cik Euca dalam mendapatkan jawatan PTD ni memang susah. Exam PTD 2 kali, tapi sekali je ke PAC (Pre-Assessment Center) dan sekali interview. Bagi yang minat nak memilih PTD sebagai kerjaya pilihan, eloklah apply kerana kekosongannya banyak juga tapi persaingan amat sengit! Untuk permulaan, calon PTD perlu mengambil peperiksaan khas PTD yang merangkumi ilmu am, sejarah dan matematik. Peperiksaan khas ini ada 5 bahagian, jadi 1 hari suntuk la perah otak menjawab soalan. Dalam semua bahagian, Cik Euca paling suka maths walaupun soalan dia suka pusing2 dan masa menjawab lebih kurang 1.5 minit 1 soalan (subjek ni xpayah study walaupun takleh pakai kalkulator! ^^). Paling penting sila baca buku Kenegaraan terutamanya tentang sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia, pengetahuan umum mesti agak tip-top sebab banyak soalan dia di luar jangkaan kita dan isu-isu semasa (penting dalam penulisan esei BM/BI).

Kalau dulu, lulus saja peperiksaan khas pasti dipanggil untuk PAC. Tapi sekarang ni rasanya terus temuduga lepas tu PAC 6 bulan kat INTAN (kalau betullah agakan aku ini ^^). PAC ni berbeza bilangan hari penilaian - ada 1 hari, ada 2 hari etc. Tapi masa Cik Euca pergi kat INTURA (INTAN bahagian utara) kena 2 hari. Jadi, dalam 2 hari ada macam2 program yang memberi sedikit gambaran kerjaya PTD ni. Di sini la kita akan bersikap positif, menyesuaikan diri dengan cepat dalam pelbagai persekitaran, berfikiran kritis dan kreatif dan bercakap spontan samada dalam BI/BM. Ada sesi perbincangan kumpulan, perdebatan topik, larian 2.4km (yang ni paling xtahan!), pengurusan situasi dan ujian sahsiah diri. Tamat ajer PAC tunggu saja keputusan dari SPA.

Seingat Cik Euca tak lulus pun PAC ni tetapi semangat berkobar-kobar untuk mencuba lagi masih ada di jiwa. Jadi setiap tahun mesti memohon PTD tapi tak pernah dipanggil interview. Alhamdullillah tibanya surat dari SPA mengatakan kena pergi interview di wisma persekutuan dalam bulan Ogos 2013 (selepas raya kalau tak silap). Memang gelabah giler time tu hanya Allah saja yang tahu sebab xtau nak bersedia untuk menghadapi temuduga. Seingat Cik Euca masa mula-mula dapat panggilan interview Cik Euca baca buku Kenegaraan (ternyata amalan aku itu silap!!!) sebabnya takde (mungkin) kat internet terangkan dengan jelas apa yang perlu dibaca sebagai bekalan untuk menghadapi interview. Cuma ada blog bagi soalan2 bocor yang agak random tapi boleh digunapakai sebagai persediaan bahan bacaan.

Akhirnya, my guardian angel, ibu Cik Euca sendiri menjadi penyelamat diri. Cik Euca berjaya bertemu dengan kawan ibu yang kebetulan sedang berkhidmat sebaga PTD di hospital tempat kerja ibu. Cik Euca memang gembira sangat sebab dalam pertemuan ni PTD itu ada memberi tips2 dan soalan2 yang biasa ditanya dalam interview. Apa lagi, jot down la aku! Dan sesiapa yang biasa beli e-book dengan En. Jamaluddin, tentu biasa dengan e-booknya yang fokus untuk kerja kerajaan dan juga PTD. Cik Euca memang beli buku e-book ni dan bagi Cik Euca bagus beli buku ini walau apa pun jawatan kerajaan yang kita pohon, buku ni memberi gambaran bagaimana cara menjawab soalan interview dengan baik. Buku ni Cik Euca baca sekilas pandang aje untuk dapat idea menjawab soalan interview.

Setibanya hari interview, Cik Euca lihat surat panggilan tertera waktu temuduga pukul 8 am. Mulanya nak duduk dalam kereta dan membaca nota tapi 'dihalau' ayah untuk tunggu dalam bangunan. Pergi awal la masa tu dalam pukul 7.00 am. Bila naik ke tempat menunggu temuduga, Cik Euca orang pertama tiba tapi yang kedua dipanggil masuk temuduga.Masa tu calon pertama kena interview dalam 1 jam kot. Dalam pukul 9 am tiba giliran Cik Euca. Bergetar seluruh tubuh ni memasuki bilik temuduga. Masuk bilik ada 2 orang panel tua duduk kat kerusi (mereka ni Dato' yang dah pencen). Muka dah cuak, bagi salam pastu bagi dokumen kat panel. Panel panggil duduk.

Panel tengok resume lepas tu mula sesi ice breaking dalam English. Kalau panel suruh perkenalkan diri, seeloknya x payah cerita mak ayah nama apa, mereka kerja apa etc. Bagi Cik Euca lebih baik fokus kat latar belakang pendidikan kita dan kerjaya sekarang. Kalau mereka tanya pasal mak ayah baru cerita. Kat sini Cik Euca nak bagi hint sikit soalan2 yang diajukan kat Cik Euca semasa interview.

1) Sila perkenalkan diri awak dalam bahasa inggeris.
2) Apakah bidang tugas PTD? (Ada 8 semuanya....Ini penting sebab ia menjadi penentu di mana kita akan bekerja jika diterima masuk ke PTD)
3. Mengapa awak pilih bidang tugas itu? (masa tu Cik Euca pilih pengurusan kementerian sedangkan degree sains...hehehe...)

Yang kelakar panel tanya, "Awak tidak pernah belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan. Mengapa pilih bidang ini kalau dah awak belajar sains?"
- Masa tu Cik Euca tercakap spontan, "Kalau lulus temuduga, seorang calon akan mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam di Intan selama 6 bulan. Saya percaya di situlah seorang bakal calon PTD akan mendalami ilmu pengurusan pentadbiran." Kemudian Cik Euca kaitkan la sedikit ilmu penugurusan yang dipelajari semasa bekerja di syarikat swasta dan tonjol kelebihan diri (bila lagi nak jual diri??)
Panel tu ketawa sebab dia kata"Oh awak tunggu nak lulus masuk INTAN, baru nak belajar pengurusan & pentadbiran. Bagus betul jawapan awak" (aku tersengih cam kerang busuk)

4) Bagaimana ilmu bidang awak dapat digunapakai dalam PTD?
5) Apakah yang awak faham tentang NKRA (6 Bidang Keberhasilan Utama Negara)?
6) Cuba terangkan maksud intergriti dan bagaimana awak boleh kaitkan integriti dalam PTD.
7) Apakah isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni?
8) Bagaimana awak sebagai seorang PTD menangani isu semasa itu?
9) Bagaimana awak nak gunapakai skil di tempat kerja awak sekarang untuk diaplikasi ke PTD? Boleh pakai ke skil awak tu di PTD?
10) Saya tengok awak PAC pun x lulus, macam mana awak boleh minat jadi PTD? (sebabnya Cik Euca berbadan gempal sikit, so maybe itu la penyebab x lulus. Tapi korang kena pandai tackle la soalan dia)
11) Kenapa orang muda sekarang susah dapat kerja kerajaan, sedangkan saya yang hanya ada "international law degree" pun dapat jadi PTD? (Ingat, panel berada di zaman di mana xramai orang pegang ijazah, sekarang zaman kita ramai, jadi elakkan membandingkan zaman dia dengan kita. Cari jawapan yang lebih profesional)
12) Saya tengok dalam resume awak, awak tahu cakap dalam bahasa Jepun. Awak nak jadi Duta ke? (Ingat, kedutaan juga sebahagian dari PTD, jika minat berikan sebabnya. Cik Euca memang minat Jepun, jadi jika berpeluang ingin kerja di Kementerian Luar Negara dan sebab2nya...)
13) Soalan terakhir ni saya baca ayat al-Quran dan maknanya, boleh awak terangkan mesej penting yang ingin disampaikan dalam ayat ni? (soalan ni kadang2 aje dia tanya)

Lepas tu Cik Euca ambil peluang bertanya 1 soalan dan sebelum beredar minta panel pertimbangkan kelulusan temuduga (mana tahu melekat diri ini dengan kerjaya PTD, tapi tak minta pun x jadi isu). Cik Euca bagi salam dan keluar dari bilik temuduga dengan tertib. Keluar bilik, sedar2 dah pukul 10.15am! Mak aih ~ rupanya lama gak aku bertapa dalam bilik temuduga!!! Dengan senyum lebar dan hati mengucap syukur, berakhirlah sesi temuduga PTD yang menakutkan ini.


Selangkah Menuju Impian

Dalam tempoh menunggu keputusan temuduga PTD yang akan keluar pada hari terakhir bulan December 2013, Cik Euca dapat berita kegagalan temuduga Pegawai Sains Kementerian Kesihatan pada bulan Julai (sedihnya tapi sendiri banyak benda xtau jawab =__+), kemudian 11 hari sebelum Krismas dapat surat jemputan temuduga Pegawai Sains untuk MOSTI yang berlangsung pada 26 Disember (sedih sebab sehari selepas birthday kena pergi interview =.=) di SPA KL. Kali ini persiapan seperti interview PTD dilakukan juga untuk jawatan ini. Memang ada soalan dari panel telah menjadi ramalan Cik Euca berdasarkan pembacaan buku e-book dan juga internet serta nota universiti dulu. Sekarang sedang menunggu keputusannya dalam bulan Januari 2014.

Akhirnya 31 Disember 2013 tiba, tetapi Cik Euca tak sempat tengok laman web SPA sebab pergi jalan2 pusing kota dengan adik tetapi pada 1 Januari 2014, berita gembira menyambut Cik Euca kerana akhirnya SPA mengumumkan Cik Euca lulus temuduga dan akan mengikuti kursus Diploma Perkhidmatan Awam bulan Februari ini !! Syukur alhamdullillah berkat usaha Cik Euca dan doa dari ibu bapa yang x putus2 mengharapkan kebaikan anaknya, akhirnya Allah swt telah memakbulkan doa kedua ibu bapa dan Cik Euca sendiri tak percaya bahawa diri ini bakal bergelar penjawat awam. Semoga bingkisan cerita ini memberi sedikit inspirasi kepada bakal calon PTD dan kepada mereka yang ingin bergelar penjawat awam. Semoga sukses selalu!!