Saturday 4 January 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Sebenarnya Cik Euca ni first time buat blog, just nak kongsi suatu pengalaman diri yang sebenarnya terkapai-kapai dalam mencari kerjaya impian di kala usia menginjak lewat 20-an (alamak malunya dah tua!!!). Cik Euca ni masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat retail gergasi kat utara Malaysia berjawatan executive (tak berapa executive pun sebab rasa kerja cam lembu cucuk hidung takpun cam kuli kelas pertama =__= ). Dalam 3 tahun setengah kerja ni masih dok mencari dan menghantar application ke SPA8i untuk melayakkan diri bergelar seorang penjawat awam yang menjadi idaman graduan masa kini (tak kisah samada nak kerja dalam kementerian apa pun/badan berkanun).

Kerjaya sebagai Penjawat Awam

Cik Euca ni memang dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya memandang tinggi orang yang bekerja dengan kerajaan ni, almaklumlah ibu dan ayah adalah penjawat awam (walhal masa kecil dihina orang sebab mak ayah ni kerja gajinya kecil - tulah kelemahan terbesar penjawat awam!). Sekarang ni kalau nak diikutkan lapisan generasi Cik Euca dalam keluarga besar, masih belum ada cucu nenek kesayangan yang bergelar penjawat awam. Semua cucu yang dah kerja bekerja dengan company swasta.

Kerja dengan swasta ni problem, pasal nak cuti susah. Retail line lagi teruk sebab public holiday takleh cuti, kalau nak annual leave pun takleh panjang, nanti kerja di office terbengkalai dengan staf takde, bos besar nak visit la...bla...bla...bla...Tapi jangan salah faham yek, Cik Euca nak kerja kerajaan bukan sebab nak cuti panjang tapi ingin memenuhi impian mak ayah nak tengok anak dia berjawatan tetap dalam sektor awam (bukan ke lebih baik berkhidmat untuk negara & masyarakat? ^^) , lagi elaun ada, imbuhan tetap ada, kenaikan gaji dan pangkat ada, peluang sambung belajar ada etc...Jadi taknak ke kerja kerajaan ni??

Sebenarnya mula2 tengah belajar kat universiti dulu takdelah nak sibuk nak apply SPA8i ni tapi pernah tengok 2-3 kawan dapat interview semasa akhir semester tahun akhir pengajian. Sebabnya masa tu fikir taknak kerja lagi, nak belajar sampai PhD (kononnya~) . Lepas dah balik rumah kena la pergi kerja, takkan nak harap belas ihsan mak ayah bagi makan (dahlah duduk free jer kat rumah...hehe). Tu la yang mula episod kerja di syarikat swasta pada tahun 2010. Kerja kat situ memang ok cuma tak ok mulut orang suka gosip (memang orang kerja takde benda lain nak buat kot?), dapat naik pangkat dengan cepat tapi gaji pun mati cepat, apa-apa kesalahan boleh kena warning letter terus!!! Oklah berbalik ke cerita apply SPA8i, masa kerja dengan company la sibuk apply. Position selalunya pegawai sains, pegawai penyelidik atau yang paling famous PTD (pegawai tadbir dan diplomatik). Setakat hari ni Cik Euca dah pergi interview kerajaan sebanyak 4 kali termasuklah PTD.


Apa itu PTD? ~Suatu Pengalaman Temuduga yang Menakutkan~

Ini memang soalan cepumas, kalau taktau makna dia janganlah try nak minta position ni.  Sebenarnya minat kat PTD ni baru bercambah semasa dalam proses minta kerja kat SPA. PTD ni suatu kerjaya eksklusif kerana berupaya mengisi pelbagai kekosongan dalam kementerian/jabatan kerajaan. Oleh sebab itu pemilihan calon PTD dilakukan dengan ketat malah format pemilihan telah diperbaharui. PTD boleh menjadi Penolong Pengarah sesuatu jabatan/kementerian, Pegawai Daerah malah boleh menjadi Duta atau Ketua Setiausaha Negara! So, memang hebatlah orang yang memegang jawatan PTD ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai PTD ni bolehlah google ajer di internet.

Pengalaman Cik Euca dalam mendapatkan jawatan PTD ni memang susah. Exam PTD 2 kali, tapi sekali je ke PAC (Pre-Assessment Center) dan sekali interview. Bagi yang minat nak memilih PTD sebagai kerjaya pilihan, eloklah apply kerana kekosongannya banyak juga tapi persaingan amat sengit! Untuk permulaan, calon PTD perlu mengambil peperiksaan khas PTD yang merangkumi ilmu am, sejarah dan matematik. Peperiksaan khas ini ada 5 bahagian, jadi 1 hari suntuk la perah otak menjawab soalan. Dalam semua bahagian, Cik Euca paling suka maths walaupun soalan dia suka pusing2 dan masa menjawab lebih kurang 1.5 minit 1 soalan (subjek ni xpayah study walaupun takleh pakai kalkulator! ^^). Paling penting sila baca buku Kenegaraan terutamanya tentang sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia, pengetahuan umum mesti agak tip-top sebab banyak soalan dia di luar jangkaan kita dan isu-isu semasa (penting dalam penulisan esei BM/BI).

Kalau dulu, lulus saja peperiksaan khas pasti dipanggil untuk PAC. Tapi sekarang ni rasanya terus temuduga lepas tu PAC 6 bulan kat INTAN (kalau betullah agakan aku ini ^^). PAC ni berbeza bilangan hari penilaian - ada 1 hari, ada 2 hari etc. Tapi masa Cik Euca pergi kat INTURA (INTAN bahagian utara) kena 2 hari. Jadi, dalam 2 hari ada macam2 program yang memberi sedikit gambaran kerjaya PTD ni. Di sini la kita akan bersikap positif, menyesuaikan diri dengan cepat dalam pelbagai persekitaran, berfikiran kritis dan kreatif dan bercakap spontan samada dalam BI/BM. Ada sesi perbincangan kumpulan, perdebatan topik, larian 2.4km (yang ni paling xtahan!), pengurusan situasi dan ujian sahsiah diri. Tamat ajer PAC tunggu saja keputusan dari SPA.

Seingat Cik Euca tak lulus pun PAC ni tetapi semangat berkobar-kobar untuk mencuba lagi masih ada di jiwa. Jadi setiap tahun mesti memohon PTD tapi tak pernah dipanggil interview. Alhamdullillah tibanya surat dari SPA mengatakan kena pergi interview di wisma persekutuan dalam bulan Ogos 2013 (selepas raya kalau tak silap). Memang gelabah giler time tu hanya Allah saja yang tahu sebab xtau nak bersedia untuk menghadapi temuduga. Seingat Cik Euca masa mula-mula dapat panggilan interview Cik Euca baca buku Kenegaraan (ternyata amalan aku itu silap!!!) sebabnya takde (mungkin) kat internet terangkan dengan jelas apa yang perlu dibaca sebagai bekalan untuk menghadapi interview. Cuma ada blog bagi soalan2 bocor yang agak random tapi boleh digunapakai sebagai persediaan bahan bacaan.

Akhirnya, my guardian angel, ibu Cik Euca sendiri menjadi penyelamat diri. Cik Euca berjaya bertemu dengan kawan ibu yang kebetulan sedang berkhidmat sebaga PTD di hospital tempat kerja ibu. Cik Euca memang gembira sangat sebab dalam pertemuan ni PTD itu ada memberi tips2 dan soalan2 yang biasa ditanya dalam interview. Apa lagi, jot down la aku! Dan sesiapa yang biasa beli e-book dengan En. Jamaluddin, tentu biasa dengan e-booknya yang fokus untuk kerja kerajaan dan juga PTD. Cik Euca memang beli buku e-book ni dan bagi Cik Euca bagus beli buku ini walau apa pun jawatan kerajaan yang kita pohon, buku ni memberi gambaran bagaimana cara menjawab soalan interview dengan baik. Buku ni Cik Euca baca sekilas pandang aje untuk dapat idea menjawab soalan interview.

Setibanya hari interview, Cik Euca lihat surat panggilan tertera waktu temuduga pukul 8 am. Mulanya nak duduk dalam kereta dan membaca nota tapi 'dihalau' ayah untuk tunggu dalam bangunan. Pergi awal la masa tu dalam pukul 7.00 am. Bila naik ke tempat menunggu temuduga, Cik Euca orang pertama tiba tapi yang kedua dipanggil masuk temuduga.Masa tu calon pertama kena interview dalam 1 jam kot. Dalam pukul 9 am tiba giliran Cik Euca. Bergetar seluruh tubuh ni memasuki bilik temuduga. Masuk bilik ada 2 orang panel tua duduk kat kerusi (mereka ni Dato' yang dah pencen). Muka dah cuak, bagi salam pastu bagi dokumen kat panel. Panel panggil duduk.

Panel tengok resume lepas tu mula sesi ice breaking dalam English. Kalau panel suruh perkenalkan diri, seeloknya x payah cerita mak ayah nama apa, mereka kerja apa etc. Bagi Cik Euca lebih baik fokus kat latar belakang pendidikan kita dan kerjaya sekarang. Kalau mereka tanya pasal mak ayah baru cerita. Kat sini Cik Euca nak bagi hint sikit soalan2 yang diajukan kat Cik Euca semasa interview.

1) Sila perkenalkan diri awak dalam bahasa inggeris.
2) Apakah bidang tugas PTD? (Ada 8 semuanya....Ini penting sebab ia menjadi penentu di mana kita akan bekerja jika diterima masuk ke PTD)
3. Mengapa awak pilih bidang tugas itu? (masa tu Cik Euca pilih pengurusan kementerian sedangkan degree sains...hehehe...)

Yang kelakar panel tanya, "Awak tidak pernah belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan. Mengapa pilih bidang ini kalau dah awak belajar sains?"
- Masa tu Cik Euca tercakap spontan, "Kalau lulus temuduga, seorang calon akan mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam di Intan selama 6 bulan. Saya percaya di situlah seorang bakal calon PTD akan mendalami ilmu pengurusan pentadbiran." Kemudian Cik Euca kaitkan la sedikit ilmu penugurusan yang dipelajari semasa bekerja di syarikat swasta dan tonjol kelebihan diri (bila lagi nak jual diri??)
Panel tu ketawa sebab dia kata"Oh awak tunggu nak lulus masuk INTAN, baru nak belajar pengurusan & pentadbiran. Bagus betul jawapan awak" (aku tersengih cam kerang busuk)

4) Bagaimana ilmu bidang awak dapat digunapakai dalam PTD?
5) Apakah yang awak faham tentang NKRA (6 Bidang Keberhasilan Utama Negara)?
6) Cuba terangkan maksud intergriti dan bagaimana awak boleh kaitkan integriti dalam PTD.
7) Apakah isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni?
8) Bagaimana awak sebagai seorang PTD menangani isu semasa itu?
9) Bagaimana awak nak gunapakai skil di tempat kerja awak sekarang untuk diaplikasi ke PTD? Boleh pakai ke skil awak tu di PTD?
10) Saya tengok awak PAC pun x lulus, macam mana awak boleh minat jadi PTD? (sebabnya Cik Euca berbadan gempal sikit, so maybe itu la penyebab x lulus. Tapi korang kena pandai tackle la soalan dia)
11) Kenapa orang muda sekarang susah dapat kerja kerajaan, sedangkan saya yang hanya ada "international law degree" pun dapat jadi PTD? (Ingat, panel berada di zaman di mana xramai orang pegang ijazah, sekarang zaman kita ramai, jadi elakkan membandingkan zaman dia dengan kita. Cari jawapan yang lebih profesional)
12) Saya tengok dalam resume awak, awak tahu cakap dalam bahasa Jepun. Awak nak jadi Duta ke? (Ingat, kedutaan juga sebahagian dari PTD, jika minat berikan sebabnya. Cik Euca memang minat Jepun, jadi jika berpeluang ingin kerja di Kementerian Luar Negara dan sebab2nya...)
13) Soalan terakhir ni saya baca ayat al-Quran dan maknanya, boleh awak terangkan mesej penting yang ingin disampaikan dalam ayat ni? (soalan ni kadang2 aje dia tanya)

Lepas tu Cik Euca ambil peluang bertanya 1 soalan dan sebelum beredar minta panel pertimbangkan kelulusan temuduga (mana tahu melekat diri ini dengan kerjaya PTD, tapi tak minta pun x jadi isu). Cik Euca bagi salam dan keluar dari bilik temuduga dengan tertib. Keluar bilik, sedar2 dah pukul 10.15am! Mak aih ~ rupanya lama gak aku bertapa dalam bilik temuduga!!! Dengan senyum lebar dan hati mengucap syukur, berakhirlah sesi temuduga PTD yang menakutkan ini.


Selangkah Menuju Impian

Dalam tempoh menunggu keputusan temuduga PTD yang akan keluar pada hari terakhir bulan December 2013, Cik Euca dapat berita kegagalan temuduga Pegawai Sains Kementerian Kesihatan pada bulan Julai (sedihnya tapi sendiri banyak benda xtau jawab =__+), kemudian 11 hari sebelum Krismas dapat surat jemputan temuduga Pegawai Sains untuk MOSTI yang berlangsung pada 26 Disember (sedih sebab sehari selepas birthday kena pergi interview =.=) di SPA KL. Kali ini persiapan seperti interview PTD dilakukan juga untuk jawatan ini. Memang ada soalan dari panel telah menjadi ramalan Cik Euca berdasarkan pembacaan buku e-book dan juga internet serta nota universiti dulu. Sekarang sedang menunggu keputusannya dalam bulan Januari 2014.

Akhirnya 31 Disember 2013 tiba, tetapi Cik Euca tak sempat tengok laman web SPA sebab pergi jalan2 pusing kota dengan adik tetapi pada 1 Januari 2014, berita gembira menyambut Cik Euca kerana akhirnya SPA mengumumkan Cik Euca lulus temuduga dan akan mengikuti kursus Diploma Perkhidmatan Awam bulan Februari ini !! Syukur alhamdullillah berkat usaha Cik Euca dan doa dari ibu bapa yang x putus2 mengharapkan kebaikan anaknya, akhirnya Allah swt telah memakbulkan doa kedua ibu bapa dan Cik Euca sendiri tak percaya bahawa diri ini bakal bergelar penjawat awam. Semoga bingkisan cerita ini memberi sedikit inspirasi kepada bakal calon PTD dan kepada mereka yang ingin bergelar penjawat awam. Semoga sukses selalu!!





76 comments:

  1. congratulation sbb berjaya. Sy gagal but i'll try next time.
    happy blogging & hope after this byk lg entry2 ttg kerjaya PTD :)

    ReplyDelete
  2. Wish you all the best.

    Saya pula tak berjaya dalam interview PTD hari tu. Memang sedih sangat. But, it is ok. I'll try again next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap awak jangan putus asa, tahun ni cuba lagi. PTD ni dibuka sepanjang dan setiap tahun.Setiap kegagalan yang diiringi dengan usaha suatu hari nanti Allah swt pasti akan membalasnya.Kalau awak nak tanya apa2 pasal interview atau PAC boleh tanya saya. :-)

      Delete
    2. Hello Tahniah atas kejayaan awak..harap dapat jumpa awk masa DPA nnt :)

      Delete
    3. Hello Jayz awak juga dapat PTD? Tahniah, saya harap dapat jumpa awak kat bukit kiara nanti ^^

      Delete
    4. Hello EC..dapat tapi masih menunggu surat dari SPA..awk dah dapat surat?

      Delete
    5. Hi Jayz sebenarnya saya tak dapat lagi surat ke DPA tu, menunggu surat macam menunggu ayam jantan bertelur ....:-P Saya rasa akan dapat paling lambat next week. Kita sama-sama tunggu jelah.

      Delete
    6. haha..lawak juga ya..okay thanks a lot EC..anyway check this out untuk info kursus DPA PTD 2014 https://forum.lowyat.net/topic/290843/+2440

      Delete
    7. Salam Jayz..
      Bertemu kita lagi dalam blog saya...Awak ada baca emel awak x? Saya terima emel kata kena lapor diri pada 16 mac di bukit kiara INTAN. Terkejut tengok emel tu sebab kita akan berkursus selama 1 tahun 2 bulan! Kalau orang kahwin siap boleh ada anak lagi...:-)

      Delete
    8. salam nak tanya. elaun kadet ptd berapa dia bayar?

      Delete
  3. Salam,,kalau nak tau lebih lanjut tentang kadet PTD boleh bace blog ni:
    http://hisyam7.blogspot.com/
    Kadet PTD batch June 2013..
    Selamat menjadi penjawat awam yang berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bunnet. Insya Allah jika saya ada kelapangan saya akan baca blog tu. Thanx for the link!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi Assalamualaikum,
    tahniah! sy terjumpa blog awak kat google, duk mencari info pasal DPA.
    pengalaman kita lebih kurang,hehe.. sy 3 kali apply PTD alhamdulillah baru dapat tahun ni. Interview sama la last August 2013 tapi kat SPA putrajaya. masa cek result haritu dia kata DPA august 2014, skrg nga blur kene buat apa..kene tunggu surat pemberitahuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum paan. Tahniah atas kejayaan awak dalam temuduga PTD. Masa kita berdua untuk DPA tak sama, so I guess PTD ni ada batch. Kalau ikut surat awak, awak akan masuk DPA selepas saya habis DPA. Apa-apa pun sama-sama la kita tunggu surat ye ;-)

      Delete
  6. Hi assalamualaikum akak. saya berminat sangat nak jd PTD after saya grad nanti. saya bklulusan ijazah sarjana muda bahasa arab. banyak yg saya nak tye akak nie :) nie emel saya Emyfaan75@gmail.com . Saya harap akak sudi yer bbalas emel dgn saya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. Salam, tahniah dpt jawatan tu. Sy da 2x g exam ptd tp dua2 x lulus. Tup2 minggu ni dpt panggilan kena hadir utk ujian larian 2.4km. Nak tnye klu kita x lps ujian ni, still ada peluang ke utk ke peringkat yg seterusnya? Leh bg sy email or fon no utk lebih mudah sy berhubung x? Klu xleh at least leh berbalas komen kt sini. Tq ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam saya minta maaf kerana lewat membalas mesej kerana kekangan waktu dan kesibukan kerja saya dah jarang buka blog ini...inipun cubaan pertama nak berblog, tapi akhirnya saya tiada masa nak update.

      Selepas ujian ini, ada lagi ke pac...saya x pasti Miroro dipanggil ke ujian larian 2.4km adalah untuk ptd kerana panggilan terbaru telah bermula...sama ada Miroro join that new cadet atau tidak, saya x pasti

      Delete
  8. Salam, tahniah dpt jawatan tu. Sy da 2x g exam ptd tp dua2 x lulus. Tup2 minggu ni dpt panggilan kena hadir utk ujian larian 2.4km. Nak tnye klu kita x lps ujian ni, still ada peluang ke utk ke peringkat yg seterusnya? Leh bg sy email or fon no utk lebih mudah sy berhubung x? Klu xleh at least leh berbalas komen kt sini. Tq ye..

    ReplyDelete
  9. salam sis. sy calon kadet ptd 2016. mgu depan iv di melaka. sy ade soalan nk btanyakn pd sis...

    sy pn belajar bidang sains. boleh tak sis berikan sedikit pencerahan kaitan ataupun sumbangan bidang sains dlm tugas seorang ptd. sy bkerja di syarikat swasta, lebih kepada research.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis,

      Maaf atas kelewatan membalas komen blog disebabkan kesibukan tuntutan kerja.

      Sis, pertama sekali saya ucap tahniah kerana telah berjaya sampai ke stage ini. Nasihat saya boleh beri adalah kena melihat balik bidang tugas ptd yang 8 itu, tidak kira kita bekerja di mana, hampir atau semua 8 bidang bidang itu ada di mana2 agensi kerajaan.

      Yang penting minat kita ke arah mana dalam 8 bidang tersebut. PTD kebanyakkan urusan melibatkan pengurusan pentadbiran seperti kewangan, sumber manusia, perolehan, hubungan luar, dasar dan sebagainya.

      Mungkin dengan background sains, kebolehan adalah dalam critical and logical thinking. Sebabnya ptd banyak berfikir. Dan x salah pun kalau sis kelak minta ke MOSTI, kemungkinan boleh sumbang ke arah penambahbaikan dalam bidang sains negara.

      Delete
  10. As salam sis.. tq for the info.. saya nak tny.. alhamdulillah thn ni dpt rezeki untuk iv..tp sy blaja dl kos sains - matematik industri.agak2, ap kos yg kte blaja dl akn mpengaruhi kptsn iv x? sbb sy dnga2, pmilihan utk ptd diz yer sgt ketat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis, saya minta maaf atas kelewatan. Tahniah kerana berjaya sampai ke peringkat interview.

      Untuk pengetahuan sis, saya juga graduan sains. Bagi saya walau apa pun course kita ambil di universiti, ia xkan mempengaruhi keputusan interview.

      Memang tak dinafikan kalau ambil course yang ada kena-mengena dengan bidang PTD ada kelebihan, seperti undang-undang, hubungan antarabangsa, pentadbiran dan sebagainya, tetapi tak bermakna pelajar bukan dari aliran sastera tidak boleh menjadi PTD.

      Kelayakan akademik adalah tiket untuk lulus tapisan pertama, tetapi banyak lagi kriteria yang penemuduga lihat. Jadi, jangan berputus asa. Semoga sis sukses dalam interview dan merealisasikan impian sis sebagai PTD kelak.

      Delete
  11. Assalamualikum wbt. senior. Sesiapa yg ada nota2x utk Diploma Pentadbiran Awam (DPA) mohon share dgn saya boleh? My email: mohammadhbh@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Mohammad Hafiz. Saya tak banyak simpan nota-nota semasa DPA, kemungkinan x sama dengan kandungan modul yang akan anda pelajari kelak. Tetapi saya cuba untuk share sekiranya masih ada di tangan saya.

      Delete
  12. Salam, boleh beritahu saya flow menjadi PTD yang paling latest?
    Exam -> Interview -> PAC? DPA tu bila pula? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Al. Flow untuk menjadi PTD paling latest pertamanya mesti lulus dalam exam online, kemudian akan dipanggil untuk interview. PAC akan dijalankan selepas lulus interview. Setelah itu baru join DPA.

      Delete
  13. Assalam dina..mcm mn nk dapat e-book tu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Zha, ebook yang saya ada tu bukan untuk jawab soalan exam online ya. ia untuk interview.

      Delete
    2. Salam, nak tanya mana nak dapat kan e-book untuk interview ye?

      Delete
    3. Wassalam, puan anis, saya beli e-book dengan tim info kerjaya kalau saya tak silap.

      Delete
  14. Assalamualaikum..Saya Aisyah..maaf mengganggu sis..saya nak tnya untuk ujian PAC,boleh sis terang kan mngenai ujian ini? Dan boleh saya tahu dimana untuk pendapatan ebook seperti yang sis katakan dalam blog ini untuk rujukan saya pada masa hadapan?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sis, ujian PAC yang saya jalani pada tahun 2012 berbeza dengan ujian PAC kali ini.

      PAC kali ini berkemungkinan dijalankan selama 2 hari dan mengandungi beberapa program seperti:-
      i) ujian kesihatan dan kecergasan jasmani (saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan denyutan nadi serta ujian kecergasan merangkumi pemeriksaan BMI, ujian genggaman tangan, ujian bangun tubi 1 minit, ujian duduk dan jangkau dan karian ulang alik 20 meter)
      ii)pengucapan awam dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeri
      iii) ujian esei bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
      iv) perbincangan kumpulan
      v) kerja berkumpulan

      Untuk ebook saya maksudkan di atas, sis boleh dapatkan di facebook atau website.

      Delete
  15. Assalamualaikum Cik Euca... Sy dapat PAC utk Jan 2017. Tp hati berbelah bagi nak pergi sebab overweight...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mrs Eyza, pasal BMI usahlah risau. Dengarnya ada sesetengah tempat ada leniency. Walaubagaimanapun, jangan jadikan BMI satu isu dan seterusnya patahkan semangat puan untuk terus ke pac. Bukan mudah untuk kita lulus exam, dan saya percaya inshaAllah ada rezeki untuk puan.

      Delete
  16. Saya dapat pac 25hb jan 2017 akan datang...saya jd berbelah bagi utk pi sebab sy overweight...dlm group whtsapp mmg ada yg memaklumkan bmi dan beep test yg paling penting utk lulus ukjk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Gadis Kampung saya minta maaf kerana tak dapat membalas mesej sis dengan segera. Saya doakan sis berjaya dalam pac.

      Delete
  17. Assalam. Saya baru dapat email yg saya lulus pac pd 21.1.2017 yg lalu dan akan di panggil temuduga nanti. Saya dr bidang sains,umur dh 31,anak 2. Saya bimbang kalau di provok dgn status saya sekarang,sebab ptd ni kan agak sibuk kerjanya. Tapi saya memang tersangat impikan ketjaya ni. Mcm mana ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan, saya juga graduan sains dan apa yang saya belajar di kampus jauh berbeza dengan pekerjaan sekarang. Kesibukan masa bekerja seseorang bergantung kepada keadaan, pengurusan masa kendiri dan bidang tanggungjawab sesebuah jabatan. Di sini saya tekankan konsep work-life balance. Konsep ini berbeza terjemahannya bagi setiap orang.

      Puan perlu memahami sedari awal bahawa untuk menjadi PTD bukan mudah. Dari awal diajar berjauhan dengan keluarga, mengharungi pelbagai kesukaran dan kesenangan semasa berkursus, dan sebagainya. Ia amat mencabar terutamanya kepada wanita berkahwin dan mempunyai anak. Walau bagaimanapun, kesemua yang dialami semasa kursus amat berguna di alam pekerjaan sebenar kelak.

      Kena provoke semasa temuduga itu biasa, tetapi puan boleh memberikan jawapan dalam keadaan berhikmah, matang dan tenang. Semoga puan berjaya, InshaAllah.

      Delete
  18. sis,jika saya yg tdk bekerja .macam mana saya nak relate dengan ptd.iv saya.pada 30 mac 2017 ini .harap sis dpt bantu sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis, saya berpandangan sis relate apa yang sis study dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum semasa di universiti dengan ptd. Sis cuba nyatakan kepada panel mengapa berminat menjadi ptd walaupun bergelar surirumah tangga.

      Delete
  19. Salam EC,

    Alhamdulillah saya dah melepasi beberapa saringan untuk mencapai jawatan PTD ni (online exam and PAC).

    25 April 2017 bakal menghadapi temuduga di Putrajaya.



    Saya ada beberapa soalan untuk dikemukakan.

    1) Berapa lama tempoh menunggu keputusan temuduga?

    2) Sekiranya berjaya temuduga, calon akan menyertai kursus DPA. Melalui portal JPA, bermula pada tahun 2013, pengambilan PTD adalah secara Kadet dimana calon perlu menghadiri Kursus Kadet PTD selama satu tahun, merangkumi dua komponen utama iaitu Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang dikendalikan oleh INTAN selama 7 bulan dan Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM) selama 5 bulan. Peserta perlu mengikuti dan lulus dengan jayanya kedua-dua komponen ini sebelum dilantik ke dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN.

    Persoalannya, sekiranya calon telah hamil in between the duration of passing the interview and reporting to INTAN, adakah calon dikira disqualified dari menyertai kursus DPA di INTAN? Atau ada sebarang pengecualian untuk calon tersebut.

    Atau pada situasi kedua, dimana calon hamil sewaktu menyertai kursus DPA. Kita sedia maklum tempoh kursus adalah 1 tahun, maka bagaimanakah proses kelahiran bayi nanti? Adakah terdapat penangguhan which the candidate will be left out from the team since PTD cadet are by batch.



    Hope EC boleh respon kepada persoalan-persoalan saya.

    Thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertamanya saya ucapkan tahniah kerana telah sampai ke saringan terakhir sebelum ke peringkat kadet PTD. Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab sebarang saoalan puan, walau bagaimanapun puan boleh tujukan soalan kepada pihak SPA. Saya cuba tetapi informasi yang saya beri belum tentu tepat.

      1) Keputusan temuduga dijangka diumumkan sekitar bulan Mei/Jun memandangkan temuduga berlangsung selama sebulan sehingga bulan April.

      2) Komponen Kadet PTD dengan penganugerahan 2 Diploma iaitu DPA (INTAN) dan DPPA (UM) tidak lagi dilaksanakan untuk Kadet bermula pengambilan pada tahun 2015. DPA yang asal telah mendapat pengiktirafan sebagai Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).Kadet perlu lulus dengan jayanya kursus DPA yang berjalan selama 10 bulan ini sebelum dilantik memasuki perkhidmatan awam sebagai PTD.

      3) Berkenaan dengan calon Kadet PTD wanita yang hamil, puan ajukan soalan ini kepada pihak SPA untuk maklumat lanjut. Setahu saya, tiada kemudahan cuti bersalin dan kursus kadet tidak boleh ditangguhkan.Mungkin pihak SPA lebih mengetahui tindakan yang boleh diambil berkenaan isu ini.

      Terima kasih puan.

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam sis. boleh saya tau sepanjang kursus DPA tu ada ke elaun yang diberikan? maklumlah sebelum ni bekerja dan banyak tanggungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis, elaun diberikan. Usah risau =P

      Delete
  22. salam sis.adkah ada kadet yang tk lulus.mksudnya dia lemah la dlm byk aspek.kalau tak lulus mcm mana?
    adakh ada peluang kedua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadet PTD perlu lulus DPA memandangkan DPA adalah prasyarat seorang Kadet PTD untuk dilantik ke perkhidmatan awam secara tetap. Kadet yang tidak berjaya menghabiskan kursus dengan jayanya (samada menarik diri semasa kursus/gagal tamat kursus)tidak akan dilantik ke dalam perkhidmatan selain perlu membayar balik keseluruhan elaun (elaun berbentuk biasiswa).

      Delete
    2. tq atas reply.

      masa zaman sis dulu,ada yg tak lulus sbb exm tak lepas? boleh repeat balik?

      Delete
  23. Hari yang baik: anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda, kami menawarkan pelbagai dari $ 5,000.00 hingga $ 10,000,000.00 Max pinjaman, kami boleh dipercayai, cekap, cepat dan dinamik, dengan jaminan 100% dan kami juga memberi kredit kepada (. kadar faedah yang dikenakan untuk semua pinjaman habis bulan (3%), jika anda berminat kembali kepada kami melalui (ddffunds@gmail.com) dengan maklumat di bawah ini: nama penuh: Negara: Jumlah pinjaman Alamat: Jangka masa: Umur: Jantina: Pekerjaan: nombor telefon: Terima kasih. Saya menanti tindak balas segera anda
    Whats App +919650892379

    ReplyDelete

  24. Do you need a quick long or short term loan with a relatively low
    interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home
    loan, auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter
    your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to
    our numerous clients all over the world. With our flexible lending
    packages, loans can be processed and transferred to the borrower within
    the shortest time possible. We encourage you to contact us and learn
    more about the loans service we offered. If you have any questions or
    want more information about our company, please do not hesitate to
    contact us: wordfanece@gmail.com


    Whats App +919650892379

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. , Saya ingin mengesyorkan organisasi pinjaman Islam yang tulen yang saya dapati dalam talian untuk semua saudara Muslim yang mencari pinjaman cepat untuk menyelesaikan masalah segera. Saya mendapat pinjaman daripada mereka bulan lalu. Saya tahu bahawa terdapat banyak penipu dalam talian. Tetapi saya diarahkan kepada mereka oleh adik saya yang juga mendapat pinjaman daripada mereka. Sebelum saya menghubungi mereka untuk pinjaman, saya juga melakukan banyak penyelidikan tentang mereka dan mendapati bahawa mereka adalah tulen. Jadi saya memohon cagaran pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka menyediakan pinjaman mengikut undang-undang dan peraturan Islam. Tiada kos tersembunyi. Anda harus dapat menjamin mereka bahawa anda akan membayar balik pinjaman. Ini semua yang mereka perlukan daripada anda. Saya ingin mencadangkan semua orang Islam sejati untuk menghubungi mereka. emel mereka di (vivianbensonloanfirm@gmail.com) ...
    whatsapp .. + 2348089952450

    ReplyDelete
  27. Assalam cik..saya dulu ambil perniagaan antarabangsa ( kewangan antarabangsa ). Bidang yg saya ambil sewaktu di ums ni ada kaitan tak dgn PTD. Saya hanya ada pengalaman bekerja sebagai teller dan guru ganti, mcm mana nak relate dgn PTD? Harap cik dapat bagi idea..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Encik Payish Awang, salah satu bidang PTD adalah pengurusan kewangan. Jadi, pada saya tiada masalah untuk Encik mohon jawatan ini(saya lagilah menyimpang kerana saya berlatar belakang akademik dalam sains fizik gunaan). Pengalaman kerjaya yang ada adalah kelebihan Encik yang berkemungkinan berguna untuk kerjaya pada masa hadapan termasuk PTD.

      Delete
  28. Pinjaman untuk semua jenis tujuan
    Kami menawarkan jumlah minima 5,000.00 euro kepada 10.000,00 euro hingga 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    berumur lebih 18 tahun
    Urus niaga ini 100% selamat untuk semua pelanggan
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (leonardodorafinance@gmail.com)

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum sis, boleh sis bagi sedikit sebanyak tips untuk exam ptd?

    ReplyDelete
  30. Adakah anda memerlukan pinjaman pinjaman kelulusan yang cepat? Adakah anda secara kewangan turun? Adakah anda memerlukan pembiayaan perniagaan? kemudian cari lagi .. Dana Daniel adalah jawapan kepada semua masalah kewangan anda, kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dan pasukan kewangan kami sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah anda, kami pakar dalam pemberian pinjaman dan pelaburan. hubungi kami melalui e-mel: kelvinsmithfunds@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete
  32. Adakah anda seorang lelaki atau wanita perniagaan? Adakah anda berada dalam kekacauan kewangan atau Adakah anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan Skala Kecil dan sederhana? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan anda mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman modal dari bank tempatan dan institusi kewangan lain ?. Pemohon yang berminat harus menghubungi kami melalui e-mel: BBM PENYELARAS: {D8980E0B}
    WhatsApp Only: {+ 33753893351}
    E-mel: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum adalah keutamaan kami, Matlamat utama kami adalah untuk membantu anda mendapatkan perkhidmatan yang anda layak, Program kami adalah cara paling cepat untuk mendapatkan apa yang anda perlukan dalam sekejap. Kurangkan pembayaran anda untuk mengurangkan tekanan pada perbelanjaan bulanan anda. Dapatkan fleksibiliti yang boleh anda gunakan untuk sebarang tujuan dari percutian, pendidikan, hingga pembelian unik. Pemohon yang berminat harus menghubungi kami melalui e-mel: BBM PENYELARAS: {D8980E0B} WhatsApp Only :: {33753893351}
    E-mel: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang meliputi: Perancangan Perniagaan, Perdagangan dan Pembangunan Kewangan, Hartanah dan Gadai Janji, Pinjaman Penyatuan Hutang, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah dengan kadar faedah yang rendah pada 1.00% setiap tahun untuk individu, syarikat dan badan korporat. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda dan memiliki rumah impian anda serta skim Pinjaman Umum kami. Pemohon yang berminat harus menghubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    WhatsApp Only :: {33753893351}
    E-mel: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete
  33. Nombor Whatsapp saya: +62 838-2119-1900
    E-mel saya: (parwatidudi350@gmail.com)
    Puan Rebecca Walker (rebeccawalker700@gmail.com)
    Nama saya Puan Parwati Dudi, saya seorang wanita bisnis dari Indonesia saya kalah tetapi 20 juta rupiah Indonesia kepada peminjam pinjaman palsu dan toko saya dekat dan saya kehilangan harapan dalam kehidupan pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet saya melihat kesaksian dalam talian tentang rakan yang mendapat pinjaman `dari Puan Rebecca Walker. Saya diberitahu bahawa dia adalah seorang ibu yang jujur, jadi saya memohon pinjaman 100 juta rupiah Indonesia dari ibu sehingga setelah proses pinjaman, pinjaman saya dipindahkan ke rekening bank saya dan hari ini, saya memiliki toko yang menjalankan perniagaan saya dan hari ini saya telah melunaskan hutang saya, terima kasih kepada Ibu Rebecca Walker dia adalah seorang ibu yang baik. Jadi saya berjanji untuk memberi keterangan dan berkongsi berita baik saya setiap hari dan anda juga boleh menghubungi e-mel ibu (rebeccawalker700@gmail.com)
     jika anda memerlukan sebarang maklumat tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Rebecca Walker, anda sangat bebas untuk menghubungi saya di nombor Whatsapp saya: +62 838-2119-1900
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (parwatidudi350@gmail.com)
     semoga Allah terus memberkati dia dan melindunginya kerana dia adalah orang yang baik.

    ReplyDelete
  34. Halo, nama saya adalah SALSABILLA ZULFKAR yang mengutuk hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya kehilangan sekitar Rp. 30,000,000 kerana saya memerlukan modal besar Rp. 300,000,000 ,. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya telah musnah, dan dalam proses saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak boleh tahan lagi kejadian ini. Minggu lalu saya berjumpa seorang sahabat lama yang menjemput saya kepada seorang ibu yang baik, Cik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman sebesar Rp.500,000,000,00

    Ibu yang baik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerima terima kasih saya, dan semoga Allah terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada orang Indonesia yang lain, terdapat banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keamanan dan siapa saja yang memerlukan pinjaman harus cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui email karinarolandloancompany@gmail.com
    Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (585) 708- 3478
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: (salsabillazulfikar4@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  35. Selamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley

    Berhubung dengan syarikat pinjaman dengan rekod pencapaian pinjaman dan senarai pemeriksa pinjaman di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada

    1) Individu
    2) Badan bekerjasama
    3) Syarikat terhad.
    4) Pinjaman peribadi.
    5) Pinjaman pelaburan.
    6) Pinjaman Pembinaan.
    7) Pinjaman Gadai Janji.
    Hubungi kami sekarang melalui medium berikut,

    E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Pengarah Tel: +1 (914) 529-5708
    Whats-app: +1(914)529-5708
    Pengurus Operasi Tel: (+1) 2133153118
    Rasmi Instagram: rossastanleyloan
    Twitter rasmi: Rossastanlyloan
    Rasmi Facebook: Rossa Stanley Favor
    Alamat pejabat ibu pejabat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
    Zip-code: 32801
    Berdaftar di bawah pengawasan undang-undang perindustrian Florida,
    ATAU
    Isi borang permohonan di bawah dan kami akan menjawab anda dengan serta-merta, Kami sedia 24 jam setiap hari.

    DATA PEMOHON
    1) Nama Penuh:
    2) Tarikh lahir:
    3) Alamat:
    4) Nombor keselamatan sosial:
    5) Nombor Whats-app:
    6) Pekerjaan:
    7) Nombor Telefon:
    8) Jawatan di tempat kerja:
    9) Pendapatan Bulanan:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Nama Facebook:
    13) Status Perkahwinan:
    14) Agama:
    15) Negara:
    16) Jantina:
    17) Apa-apa Hilang Upaya
    18 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum?, Jika ya, sebutkan nama syarikat pinjaman

    TINDAKAN,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    Ketua Pegawai Eksekutif ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Sekiranya bank anda tidak memberi pinjaman kepada anda, terdapat tempat yang sah di mana anda boleh mendapatkan pinjaman asal. Saya ingin mendapatkan pinjaman institusi yang saya dapati dalam talian untuk semua saudara Muslim yang mencari pinjaman cepat untuk menyelesaikan masalah yang dikehendaki. Saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700,000,000. dari ibu KARINA ROLAND LOAN COMPANY yang saya gunakan untuk mengubahsuai rumah sakit saya dan untuk melengkapkan perniagaan saya. Saya mendapat pinjaman daripada mereka beberapa bulan lalu. Saya meminjam dari mereka kerana terdapat banyak syarikat pinjaman palsu dalam talian. Saya juga memperkenalkan abang saya yang juga mendapat pinjaman sebesar Rp. 500,000,000 dari SYARIKAT KARINA ROLAND LOAN. Sebelum saya menghubungi mereka untuk pinjaman, saya juga melakukan banyak kajian tentang mereka dan mendapati mereka benar-benar sahih. Mereka tidak seperti syarikat pinjaman barat yang palsu. Jadi saya meminta pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka menyediakan pinjaman mengikut undang-undang dan peraturan Islam. Tiada Jaminan Diperlukan. Tiada kos tersembunyi. Mereka meminjamkan proses yang cepat dan mudah. Tetapi anda mesti dapat meluluskannya. dan Anda juga mesti membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin bertanya kepada semua orang Islam yang benar dan tidak ada muslim untuk menghubungi ibu karina yang baik di e-mel atau WhatsApp: +15857083478 (karinarolandloancompany@gmail.com) anda boleh menghubungi saya untuk memberi nasihat juga melalui e-mel (nurraysadiena@gmail.com)

    ReplyDelete
  37. Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

    Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

    Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
    ,
    Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

    Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

    ReplyDelete
  38. Hai semua
    Nama saya Josephine jumawan caballo, saya tinggal di orion bataan, phillipine. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang baik karina roland kerana membantu saya mendapat pinjaman yang baik setelah saya mengalami pinjaman pinjaman dalam talian palsu yang menipu saya untuk mendapatkan wang tanpa memberikan pinjaman, saya memerlukan pinjaman selama 2 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota orion bataan tempat saya tinggal dan saya jatuh ke tangan syarikat palsu di dubai yang menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman kepada saya. dan saya sangat kecewa kerana saya kehilangan semua wang saya kepada sebuah syarikat palsu di dubai, kerana saya berhutang dengan bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk dijalankan, pada hari yang sangat setia kawan saya memanggil susan Ramirez setelah membaca keterangannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman daripada Puan karina roland, jadi saya terpaksa menghubungi Susan Ramirez dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Puan karina roland bahawa dia adalah ibu yang baik dan saya terpaksa menaruh hati dan saya menghubungi Puan karina roland dan saya terkejut dengan pinjaman saya yang diproses dan dilewati dan dalam masa 6 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah keajaiban dan saya harus memberi maklumat mengenai kerja baik Puan karina roland jadi saya menasihati semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Puan karina roland: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp sahaja +15857083478 dan saya jamin anda bahawa anda akan memberikan maklumat seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut soal Mrs.karina Rola dan emel saya: (josephinejumawancaballo@gmail.com) semoga Tuhan terus memberkati dan mengasihi ibu karina roland untuk mengubah kehidupan kewangan saya.

    ReplyDelete
  39. Wah, hebatnya awak.. Saya Ada exam online 27 ogos ni... Doakan Saya lulus ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya , saya pelajar spm2020 ,dan saya teringin nak sambung belajar untuk jadi PTD tapi saya tak tahu nak kena ambil course apa di university untuk jadi PTD ,i would love to receive advices 😭

      Delete
  40. Hi awk boleh saya minta email awak untuk saya bertanya dgn lebih lanjut berkenaan PTD yg awk jawat sekarang. Bantu saya ye. Pls. Atau awk email me saya boleh? Saya mmg Ada perkara nak Tanya. (ssalux.work@gmail.com)

    ReplyDelete
  41. Hi awk boleh saya minta email awak untuk saya bertanya dgn lebih lanjut berkenaan PTD yg awk jawat sekarang. Bantu saya ye. Pls. Atau awk email me saya boleh? Saya mmg Ada perkara nak Tanya. (ssalux.work@gmail.com)

    ReplyDelete
  42. Je hebt persoonlijke informatie nodig van bedrijven, familie en vrienden die je leven zullen verbeteren en je hebt gemakkelijke toegang nodig zonder dat ze het merken, neem gewoon contact op met Nick of je bent financieel onstabiel of je hebt een slechte kredietscore, hij zal dat zonder stress oplossen, hij en zijn team kan strafregisters wissen zonder een spoor achter te laten en kan ook anoniem je lege creditcards crediteren met het geld dat je nodig hebt, dit alles is natuurlijk niet gratis, maar ik werk graag met nick en zijn team omdat ze je op de hoogte houden van elke stap die je neemt om het doel te bereiken en ze leveren ook op tijd, ik heb dit getest en bevestigd Ik ben nog steeds blij met hoe mijn leven verbetert na mijn ontmoeting met hem, je kunt een mail sturen naar vladislav.nickhack@outlook.com
    Sms / bel +17078685071

    ReplyDelete
  43. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddydouble334@yahoo.com

    ReplyDelete
  44. Apakah Anda mencari pinjaman untuk memulai bisnis atau proyek yang Anda inginkan? @ ASMARA HASAN LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan kepada semua individu yang membutuhkan pinjaman seperti "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan pinjaman perusahaan di seluruh dunia, tingkat bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan nasihat keuangan dan bantuan kepada klien dan pelamar kami. Jika Anda memiliki proyek yang bagus atau ingin memulai bisnis dan membutuhkan pinjaman untuk membiayainya segera, kami dapat membicarakannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

    Hubungi ASMARA HASAN LOAN COMPANY hari ini untuk mata uang apa pun yang Anda inginkan.

    Kategori Bisnis

    Bisnis Merchandising.
    Bisnis manufaktur
    Bisnis Hibrida.
    Kepemilikan tunggal
    Kemitraan.
    Perusahaan.
    Perseroan terbatas.
    pinjaman pribadi.
    pinjaman investasi.
    Pinjaman Hutang.
    Pinjaman Rumah.
    Pinjaman hipotek
    Pinjaman mobil.
    Pinjaman mahasiswa.
    Pinjaman gaji.
    pinjaman Islam.
    Pinjaman pertanian.
    pinjaman gereja.

    PERUSAHAAN PINJAMAN ASMARA HASAN
    Email: asmarahasanloancompany@gmail.com                                   WhatsApp  +1 (802) 695-0723.Instagram: asmarahasanloancompany

    ReplyDelete
  45. Halo nama saya rida yahya, saya dari java Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk hidup saya dan menggunakan syarikat (Syarikat Pinjaman Asmara Hasan) untuk mengubah hidup saya dari menjadi miskin menjadi kaya, saya mempunyai masalah kewangan dan ia sangat buruk dan sukar tetapi terima kasih atas kejujuran syarikat. SYARIKAT PINJAMAN ASMARA HASAN yang menolong saya dengan pinjaman 380 juta dan sekarang saya mempunyai pindahan pinjaman ke akaun bank saya dan saya hanya membuat pembayaran untuk memindahkan pinjaman saya tanpa menambah kesakitan dan sekarang saya dan keluarga saya bekerja dengan baik dan sekarang saya wanita perniagaan yang baik.

    Sekiranya anda mengetahui bahawa anda memerlukan pinjaman dengan segera, saya akan mengesyorkan anda kepada Puan Asmara. di E-mel :: asmarahasanloancompany@gmail.com

    Sekiranya anda mahu, anda masih boleh menghubungi saya ridayahya1234@gmail.com
    Dan anda juga boleh menghubungi nombor WhatsApp Puan Asmara +1 (802) 695-0723 yang jujur

    ReplyDelete